Pokok Daun Kari Atau Karapole

Bismillahirrahmanirrahin--

Pokok Kari Belakang Rumah

Kalau nak masak kari ikan, ayam atau daging, salah satu bahan yang mesti kena ada adalah daun dari Pokok Daun Kari atau kalau kat utara ni biasa kita dengar orang panggil daun karapole. Alhamdulillah, dekat belakang rumah ni, ada sepohon pokok kari yang tumbuh sendiri sebab rumah belakang tu ada pokok kari yang besar dan dah lama; lebih 20 tahun. Sebenarnya bukan setakat sepohon ada, malah anak pokok kari berpokok-pokok ada - rasanya lebih dari 20 anak pokok tumbuh rata kat belakang rumah ni.

Mari Kenali Pokok Daun Kari

Nama lain : Pokok daun karapole, atau bahasa inggerisnya curry leaf
Nama saintifik : Murraya Koenigii dari keluarga Rutaceae
Asal : India / Sri Langka

Maklumat lain - anda boleh cari di Wikipedia, walaubagaimanapun daun Pokok Daun Kari ni saiznya kecik-kecik, hijau berkilat dan agak tebal. Baunya... emmm... sangat harum. Macamana bau harum tu? Baunya macam bau kari lah kan... hahaha. Bayangkan saya tengah cabut anak-anak pokok kat luar dapur rumah tu, tiba-tiba, terdengar dari dapur, my dearest wife kata "Sedapnyaaaaa bau....!".

Ni gambar close-up ranting dan daun pokok daun kari ni:

daun pokok daun kari close-up


Bahagian atas daun tu warna hijau pekat, berkilat manakala bahagian bawah bewarna hijau muda. Gambar bawah ni, gambar close-up pucuk daun kari muda.

pucuk daun kari

Pucuk daun kari ni kalau buat ulam cecah sambal tempoyak ke, sambal biasa ke, atau my favourite sos - anchovy sauce atau nama glamournya Budu picit cabai melaka... auchhhh... sedaaaapnya (maklumlah, saya ni oghe klate dok di kedah). Memang selera makan secara automatik bangkit.

Menanam Pokok Daun Kari

Seriously, saya memang tak tahu macamana nak tanam pokok daun kari ni sebab, saya pernah cuba cabut anak pokok kat rumah saudara saya, dan tanam dalam pasu - lepas beberapa hari, anak pokok tu layu dan mati. Mungkin sebab tangan panas kut. Ada tiga empat kali saya cuba tanam anak pokok dan semuanya tak berhasil. Ada kawan India pun pernah bagitahu saya dia cuba tanam dari anak tapi tak berjaya.

Walaubagaimanapun juga, saya ada terbaca dari blog Mat Salleh, dorang semai dari buah atau biji benih dan siap jual lagi anak pokok.

Tetapi kalau nak tahu kaedah yang betul menanam pokok daun kari ni, dan nekad nak cuba, boleh dapatkan info di blog Kartel Dakwah (https://www.karteldakwah.com/cara-tanam-pokok-kari-yang-betul/). Penulis blog tersebut mempunyai situasi yang sama macam saya, banyak anak pokok kari tumbuh jadi beliau terpaksa cabut anak-anak pokok tu. Jadi dia ada tunjukkan cara serta bagi tips yang penting untuk tanam pokok daun kari ni...

As for me, tak ada keperluan untuk tanam lagi dah sebab terlalu banyak - tapi mungkin saya akan cuba tanam, for the sake of nak jugak rasa BERJAYA tanam pokok daun kari dari anak pokok huhu..

anak-anak pokok daun kari

Agak-agak kalau saya berjaya tanam... boleh juga jual kat sapa-sapa yang tak ada pokok daun kari ni kan? Berapa RM sepohon anak pokok, rasa-rasanya? RM5.00? Kalau sy berjaya semai 10 - dah boleh dapat RM50/-...hahahaha.

Ada sesiapa hendak beli anak pokok kari tanam dalam pasu?

EJAAN SEBENAR 'KARAPOLE' DI BLOG TITLE INI, MENGIKUT SEBUTAN ORANG PENANG ADALAH SEPERTI DI BAWAH :D




Kari Pulei - seperti yang ditulis oleh anak menakan kami di Qismat Facebook beliau... huhuhu.

--

Comments

  1. dulu punyalah susah saya nak dapat anak pokok kari ni, akhirnya saya dapat dengan cara mintak dari abg ipar yang suka bercucuk tanam.Pun mulanya saya tak reti jaga pokok tu.Bila saya dapat tips siram dengan air basuhan beras, alhamdulillah, sekarang ni pokok sy dah subur dan hijau.kalau beli anak pokok tu, boleh post ke..hihi..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ada, bila besar pokok kari ni, tengokla dia beranak pinak... nanti jenuh nak buang pulak.. hahaha.

    Tu la kan, kalau jual, nak kena ngepos pulak... boleh ntah tidak. Camana shopee buat ya jual anak pokok...haha.

    btw.. TQVM Cik Matahari singgah kebun mini saya ni... semuanya mini sekarang ni... ;p

    ReplyDelete

Post a Comment