Pokok Sambung Nyawa Adalah Pokok Bismillah

Bismillahirrahmannirrahim--

Pokok Sambung Nyawa

Tahun lepas, suami sepupu my dearest wife tunjukkan saya pokok sambung nyawa lepas dia bagi kami cuba minum air rebusan daun tu - mengikut beliau, air daun pokok sambung nyawa ni memotong kolesterol makanan yang kita makan. Makanan apa yang kami makan sampai dia hidangkan satu jag air rebusan daun pokok sambung nyawa ni? Hahaha... sebenarnya kami makan buah durian dari kebun durian dia.

Dia memang sediakan banyak, berpuluh biji durian untuk kami sepupu-sepupu makan bersama pulut dan santan. Memang puas makan. Oleh yang demikian, takut badan jadi panas kerana makan banyak, dia rebus air daun pokok sambung nyawa tu dan hidangkan siap-siap. Agak dah tak mahu makan, atau dah "tak boleh pi... dah" kata orang Utara, barulah ambil air tu minum - secawan pon cukup, katanya.

Badan Tak Panas Lepas Makan Durian Banyak

Well, yang menariknya, lepas minum secawan, memang badan tak lah rasa panas. Wife saya pulak kata dia tak rasa sakit kepala lepas makan banyak durian hari tu, lepas dah balik ke rumah. Wife saya ni, dok di boarder line Darah Tinggi, salah makan sikit akan sakit kepala - tapi kali ni tak sakit kepala lepas makan durian, dengan pulut santan pulak tu. Memang menarik... Biasanya, kalau lepas makan buah durian, kalau tak mahu badan panas, orang akan tuang air kosong atas tempat ulas isi durian dan minum air tu, insyaAllah badan tak panas. Kali ni, kami diberi minum air rebusan daun pokok sambung nyawa... and it works!

So, the next time, kami ziarah rumah dia di Baling, saya minta keratan batang pokok sambung nyawa yang kat rumah dia untuk saya tanam di laman rumah saya (Masa tu, belum ada Laman Mini Herba saya secara official lagi). So, dia bagi dua tiga batang untuk saya balik pacak je kat atas tanah. Lepas setahun lebih kurang, pokok tu membesar dengan elok. Walaupon saya tak berapa siram, dia terus hidup. Ini lah gambar Pokok Sambung Nyawa tu:

Pokok Sambung Nyawa kat laman mini herba saya

Orang Kelantan Panggil Pokok Bismillah

Bulan lepas, saya balik kampung di Kelantan dan dapat tahu Pokok Sambung Nyawa ni, adalah Pokok Bismillah. Ada seorang pakcik di kampung saya baru dok amal makan daun Pokok Bismillah ni sebab doktor kata dia dah mula ada Darah Tinggi. Punya lah menggelabah sebab tak mahu makan ubat Darah Tinggi secara berterusan, dia start makan daun pokok Bismillah ni dan dia lah yang tunjukkan saya macam mana rupa pokok Bismillah ni. Lepas saya teliti daun dan pokok tu, confirmed! Pokok Bismillah tu sama dengan Pokok Sambung Nyawa yang saya tanam.

gambar atas daun pokok sambung nyawagambar bawah daun pokok sambung nyawa

Ni gambar close-up daun Pokok Sambung Nyawa atau Pokok Bismillah. Belah atas daun, warnanya hijau gelap, manakala bawahnya warna hijau lembut atau keputih-putihan sikit.

Dan, yang menariknya lagi sekali..., pokok Sambung Nyawa atau pokok Bismillah ini juga dikenali sebagai pokok Ketum Cina. Saya dapat tahu, kalau belah Siam, depa amik dua tiga helai daun ni - bukan pucuk... dalam lepas tiga empat tangkai daun bawah pucuk, depa lipat-lipat, makan macam tu jerrrrr!!! Buat ubat -  ubat apa saya tak pasti... yang ni saya kena research lagi ni.

Atau ada sapa-sapa tahu, depa belah siam atau orang cina makan daun ni untuk ubat apa? Kalau ada sapa-sapa tahu, silalah share kat ruangan comment kat bawah posting ni ya..

P/S : Daun dia ya Rabbi punyai paiiittt... tapi tak lah sepahit Hempedu Bumi ke, Tongkat Ali ke... tapi pahit la jugak! Hahaha... bila dah biasa.. OK la kut...



Comments