Tanam Rumput Karpet Jenis Rumput Filipina

Bismillahirrahmanirrahim --
tanam rumput karpet
Seronoknya bila tanam rumput karpet kat ruangan Laman Mini Herba (projek tanaman pokok-pokok herba), adalah bila rumput tu tumbuh dengan segar dan mula memenuhi ruangan. Rumput karpet yang saya tanam tu jenis rumput filipina. Apa yang lebih seronoknya adalah, cara saya tanam rumput tu. Haha... satu pengalaman menanam rumput karpet yang sangat mahal harganya!



Tanam Dengan Penuh Kasih Sayang


Nah, macam mana yang dikatakan tanam dengan penuh kasih sayang tu? Haha... Biasanya, kalau orang nak tanam rumput ni, mereka akan beli yang jual sekeping sekeping tu dari nursery. Mereka akan kira luas kawasan yang nak ditanam, contohnya 10 kaki persegi - jadi sekeping rumput tu luasnya 1 kaki persegi dengan harga RM5, jadi keluarkan RM5 x 10 = RM50, dapat 10 keping, susun je kat ruangan yang nak ditanam tasi.

Tetapi, saya ni lain sikit... Nak kata kedekut, setakat RM50 ke RM100 nak belanja beli rumput ni supaya laman tu kelihatan cantik dan kemas, bukanlah satu masalah... Tetapi, kalau orang tua-tua, mereka akan kata - Tak ada kerja cari kerja! Apa yang saya buat, saya pergi kerat dalam 10 inci persegi... INCI ya, bukan kaki, rumput yang tepi jalan orang Bandaraya Alor Setar tanam, ada lah dalam 3 tompok, bawa balik, tanam kat Laman Mini Herba tu.

Silap, saya tak ambil gambar keadaan masa mula-mula tanam dulu... lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu kawasan tu belum diistihar sebagai Laman Mini Herba lagi... cuma dalam perancangan jer.

Sekarang, ruangan tu dah hampir penuh sepenuhnya.

rumput karpet filipina atau jepun

Yang dikatakan dengan penuh kasih sayang tu adalah, saya akan siram dua kali sehari- sebelum pergi sekolah, dan sebelum maghrib... kalau tak sempat sebelum maghrib, malam tu lepas maghrib atau Isya' saya akan turun dan siram. Dua minggu sekali saya tabur baja. Dan bila panjang, saya trim dengan gunting - macam dalam 2 atau 3 minggu sekali. Ya! you heard it right... gunting! bukan mesin. Malah kawasan tu adalah kawasan larangan memesin rumput! Sebabnya, saya tak mahu benih rumput lain dari tempat lain di mesin tu tersebar kat kawasan rumput karpet saya. Satu lagi, bila ada anak rumput lain naik... saya akan cabut rumput tu satu-satu... :)




Jenis-jenis rumput karpet


Sebenarnya, rumput karpet yang macam ni ada dua jenis species; rumput karpet Jepun dan rumput karpet Filipina. Yang saya tanam ni, dari jenis rumput karpet Filipina. Ya lah, pihak Bandaraya tanam kat tepi jalan je... tak perlu lah tanam yang jenis rumput karpet Jepun. Saya pon tak kisah sangat jenis apa, asalkan rumput karpet.

Rumput karpet Filipina ni, daun dia besar sikit atau kita kata kasar sikit berbanding rumput karpet Jepun. Yang rumput Jepun tu daunnya halus-halus - atau kalau perasan, sekarang ni ada yang artificial plastik punya tu. Dari segi penjagaan, rumput karpet saya ni, perlu maintenance yang kerap. Tu yang bertambah-tambah kasih sayangnya haha..


rumput karpet


Kenapa tanam rumput karpet

Saya tanam rumput karpet sebab dah lama geram tengok laman-laman rumah dalam gambar-gambar di majalah Impiana yang saya beli hampir tiap-tiap bulan. Cita-cita untuk ada laman yang berumput karpet ni tersemai sejak sebelum beli rumah taman sekarang kira-kira 14 tahun yang lalu. Tetapi, kita ni satu jenis sibuk (dulu la), selalu tak ada kat rumah sebab masuk kem training dan kedua sebab perbelanjaan bulan-bulan tak pernah cukup untuk buat macam orang lain... keluar sedebuk duit siap satu taman.

Laman yang ditanam dengan rumput karpet ni sangat kemas dan cantik - maklumlah bila dah berumput karpet mestilah dok buat maintenance. Kalau ada laman rumput karpet tapi MALAS nak maintenance, atau SEGAN nak upah orang buat maintenance, hancur jugak laman tu. Jadi, kalau nak ada laman dengan rumput karpet ni, mesti tak ada dua faktor di atas tadi.

rumput karpet jepu atau filipina


Kalau ada juga faktor tu, boleh juga dapat laman yang kemas dan cantik, iaitu BUKAN tanam rumput karpet - tanam saja rumput mutiara atau pearl grass. Saya ada tanam rumput pearl ni kat bahagian belakang,bawah pokok pelam tempat saya tanam kangkung dalam tangki air.


Bagaimana nak pastikan rumput tu subur, kemas dan cantik sepanjang masa


OK, last sekali - bagaimana nak jaga rumput ni supaya sentiasa kemas dan cantik. Kaedah yang saya buat adalah dengan:
  1. Siram selalu - masa mula-mula tanam kena jangan biarkan tanah tempat tanam rumput tu kering langsung. Masa akar baru nak serasi dengan kawasan baru, rumput ni perlukan air yang banyak... masa tu, saya siram macam tiga kali sehari - susah nak tanam, kenalah bersusah-susah nak jaga. Bila dah lama, boleh siram dua kali sehari - terutama musim tak hujan macam beberapa bulan yang lalu. Bil air pon meningkat kalau musim kering.
  2. Trim selalu - selalu di sini bermaksud bila sampai masa, nampak macam dah panjang tu - trim lah. Dalam kes saya, saya trim 3 minggu sekali... sebab saya trim pakai gunting. Kalau ada mesin rumput SENDIRI - khusus untuk potong rumput karpet - boleh buat dua minggu sekali! Jangan biar orang upah mesin rumput buat... kecuali kalau dia bawak mesin lain, basuh elok-elok mesin dia tu baru mesin rumput karpet, baru boleh...
  3. Pijak-pijak selalu - Huh? betul ke? Ya... betul lah!... Kena selalu berjalan atas kawasan rumput tu. Kalau boleh setiap hari. JANGAN SAYANG NAK PIJAK!... Tanam rumput bukan macam untuk tanam bunga... rumput memang untuk dipijak. Kenapa kena pijak selalu? Ya.. supaya rumput tu flat dan rapat. Bila rapat, shoot baru akan naik ke sisi dan terjalin elok. Satu lagi dia akan cepat merebak dan jadi lebih kemas. 
  4. Baja selalu - membaja ni macam dua atau tiga minggu sekali. Jangan terlebih baja... nanti dia bertompok kering dan kuning.. nanti jadi tak elok.
  5. Cabut rumput lain yang tumbuh - kadang-kadang akan ada beberapa tempat yang benih pokok rumput lain sesat naik di kawasan rumput karpet kita tu. Cabut rumput tu awal-awal.. jangan biar dia dah berakar dan membesar. Nanti kalau kita cabut pon, ubi rumput tu akan tertinmggal dan lain kali naik pucuk rumput baru!
Ok.. itulah sedikit sebanyak maklumat yang saya boleh kongsi bagaimana saya tanam rumput karpet jenis Filipina ni dengan penuh kasih sayang hahaha...

Kalau saya ada tertinggal apa-apa maklumat penting, sila lah share ngan saya kat ruangan komen ni. Atau, kalau ada cadangan apa-apa ya.

Oh ya, satu lagi - Jangan sampai kucing naik berat atas rumput tu ATAU kencing... kalau berlaku, memang sedih lah...


Allahualam...
Wabillahitaufik wal hidayah.. Wassalam.

DISCLAIMER : Maklumat yang tercata di sini adalah berdasarkan pengalaman penulis, bukan kajian ilmiah dsb - sekiranya terdapat perbezaan tertentu, terdapat pelbagai faktor yang membeza-bezakan kaedah.




Comments

  1. perlu penjagaan yang rapi untuk nampak kemas dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa-biasa jer wak... janji ada jer... :D seronok dok belek2

      Delete
  2. wah..bestnya kalau rumah ada tanah...leh buat halaman bagi cantik

    ReplyDelete

Post a Comment