Koleksi Tanaman Dalam Pasu Atas Meja

Bismillahirrahmanirrahim--
koleksi tanaman dalam pasu atas meja
Bila tengok gambar-gambar home decoration dalam majalah, tanam-tanaman indoor plant dalam pasu yang diletak di atas meja, tepi meja atau kerusi sofa, tepi tangga, semua nampak cantik dan sejuk mata memandang. Maka saya pon mula la cari pokok-pokok atau tanaman yang macam dalam gambar - dan of course mula-mula sekali kat rumah MIL la sebab rumah dia banyak pokok bunga. 

Untuk setakat hari ini, dah ada beberapa pokok seperti Philodendron Burle Marx, Aloevera, Sirih Gading (Money Plant), Selasih Siam (Thai Basil), Tulsi (Holy Basil), Sweet Basil.. yang dalam gambar tu. 

Ambil masa juga nak grow pokok-pokok ni. Tapi tengok dia grow memang seronok. Nak tunggu dia grow elok sikit dan sesuai untuk buat deco baru saya letak dan hias dalam rumah nanti. Dalam rumah pon dok berselerak lagi... hehe... 

Philodendron Burle Marx tu satu jenis dengan Sirih Gading tu, cuma daun dia besar berbentuk hati tapi memanjang. Tak sempat pulak nak tanya MIL dia panggil apa nama pokok tu. Daripada satu anak saya ambil dulu, sekarang saya dah biakkan jadi 4 - 5 pohon dah... 

Bubuh je dalam bekas isi air, lama-lama semakin besar dan banyak daun. Saya letak dalam kolam pon satu... 



Sesapa tahu nama pokok Philodendron Burble Marx ni? Share lah dalam ruangan komen kat bawah ya...




Comments

  1. salam tuan, saya pun ada tanam pokok money plant dengan cara letak dalam bekas berisi air..nampak berseri sikit ruang meja kerja kalau letak pokok indoor macam tu kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, i noticed that... sy suka pokok yg your friend bagi suruh jaga tu... bila dok tanam dan dok tengok pokok2 ni ... rasa tenang setiap hari... mas dok layan pokok memang tak ingat apa-apa masalah dah.. hahaha

      Delete
  2. Philodendron Burble Marx kalau gantung pun cantik buat hiasan. Paling suka tanam golden pothos dalam air sebab mudah tak perlu nak siram siram bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa bestnya... ada peminat pokok yg sama... , nanti nak try buat gantung..

      Delete

Post a Comment