Posted by
Wafa cw
Bismillahirrahmanirrahim-- Pokok betik saya di belakang rumah Pokok betik atau Papaya , adalah salah satu pokok yang senang tumbuh. Jika kita campakkan biji di atas tanah yang sesuai, ia pasti tumbuh. Setakat ini, saya sudah beberapa kali tanam pokok betik sejak saya pindah ke rumah taman ini. Namun begitu, saya terpaksa menebang pokok itu setiap kali ia membesar lebih pada had. Pernah satu kejadian, apabila pokok betik itu terlalu lama, akar pokok betik tersebut menyelinap di bawah longkang, menyebabkan longkang pecah. Oleh itu saya terpaksa menebang pokok tersebut. Di antara kejadian yang lain, ia tumbuh terlalu tinggi melepasi atap rumah dua tingkap. Sudahlah susah untuk mengait buahnya, apabila hujan lebat beserta angin kencang, pokok itu patah dan menghempap bumbung rumah jiran. Saya terpaksa menanggung kos membaik pulih atap atau adec rumah jiran saya. Kejadian yang ketiga, pokok betik yang saya tanam, bercabang dan berbuah lebat sehingga akar tidak mamp...
- Get link
- X
- Other Apps